Penggunaan kamera CCTV semakin meningkat bagi tujuan mencegah jenayah dan memantau keselamatan. Lokasi yang biasa dipasang adalah di halaman rumah, di ruang kaunter, di bilik penyimpanan stok, di halaman taska dan sebagainya.

Namun, ada beberapa perkara asas yang perlu anda ambil tahu sebelum memasang kamera CCTV di premis anda.

1. Tidak memasangnya di lokasi peribadi

Memasang kamera CCTV di tempat tersembunyi di premis perniagaan anda tanpa pengetahuan pekerja adalah salah disisi undang-undang. Begitu juga di rumah anda, tandas, ruang menukar pakaian dan yang serupa dengannya adalah ruang yang perlu dielakkan dari memasang kamera CCTV.

Jika perkara ini diabaikan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap anda.

2. Maklumkan penghuni rumah/pekerja tentang kewujudan kamera CCTV

Memaklumkan kepada penghuni rumah anda atau pekerja tentang kewujudan CCTV di premis anda tidak kira sama ada di rumah, di pejabat atau di kedai untuk tujuan pemantauan dapat melindungi anda dari sebarang risiko tindakan undang-undang diambil terhadap anda.

3. Mohon kebenaran jika perlu

Jika anda ingin memasang di ruang yang melibatkan ruang pihak yang lain seperti kawasan kejiranan, rumah kondominium atau apartment, anda dinasihatkan untuk memohon kebenaran dari komuniti penduduk atau pemilik kepada ruang yang bakal terlibat dalam pantauan kamera CCTV anda.

4. Jenis kamera CCTV yang pelbagai

Rata-rata orang awam memahami bahawa semua kamera CCTV mempunyai sistem yang sama. Ini adalah tidak benar sama sekali. Kamera CCTV direka bentuk dengan fungsi yang pelbagai bagi memenuhi keperluan yang berbeza dan target lokasi yang berbeza.

Ada kamera CCTV yang direka khas untuk kawasan rumah, ada yang direka khas untuk premis perniagaan. Pengetahuan ini dapat menyelamatkan anda dari memilih kamera CCTV yang salah.

Pemasangan kamera CCTV dapat menjadi lancar jika anda melaksanakan 4 perkara asas ini terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga.

Di samping memelihara keselamatan diri dan premis, anda juga harus pertimbangkan kesan dan peneriman dari komuniti sekeliling. Jika makluman dilakukan dengan baik, kemungkinan besar anda akan dapat melaksanakan pemasangan kamera CCTV dengan lancar di lokasi pilihan anda.

× Whatsapp kami untuk pasang CCTV