Memasang kamera CCTV kini semakin menjadi suatu kemestian bagi memastikan keselamatan rumah, pejabat dan lokasi penting sentiasa selamat. Namun, satu perkara yang ramai mungkin tidak sedar adalah perbezaan jenis kamera CCTV yang wujud di pasaran.

Terdapat 3 jenis kamera CCTV yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan untuk memasangnya di premis anda. Pengetahuan asas ini mampu mengoptimumkan kebaikan dan manfaat yang anda akan peroleh dari pemilihan kamera CCTV yang tepat untuk keperluan anda.

1. Bullet Camera

Kamera CCTV ini dinamakan sebagai ‘bullet camera’ kerana saiznya yang kecil menyerupai bentuk peluru. Kamera jenis ini biasanya mempunyai ukuran panjang sekecil 2 – 8 inci yang memudahkan untuk dipasang di sudut-sudut yang tersembunyi.

Kecil-kecil cili padi. Saiznya yang kecil memberikannya kelebihan dari segi jarak fokus yang stabil di mana ia dapat merakam imej yang lebih tajam dan terperinci. Ada di antara bullet camera ini yang mempunyai fungsi infrared yang dapat merakam pada waktu malam. Kerana saiz yang kecil dan dan reka bentuknya yang pelbagai ini memberi ia kelebihan untuk digunakan di luar atau di dalam premis anda.

Kamera ini tidak mempunyai kebolehan untuk bergerak ke kiri dan ke kanan, atau ke atas dan ke bawah dan hanya merakam ke satu arah sahaja. Namun, kerana bentuknya yang mudah dilihat, ia sangat sesuai dipasang untuk mencegah vandalisme atau kecurian.

Tidak semua bullet camera bersaiz kecil. Kamera inframerah cenderung untuk bersaiz besar dalam diameter untuk memuatkan ruang tambahan bagi keperluan LED inframerah (IR).

Terdapat beberapa jenis bullet camera yang wujud di pasaran seperti AHD camera dan TVI camera. Kedua-dua model ini mampu mencapai resolusi 1080p HD tetapi memerlukan DVR pengawasan yang sesuai bagi AHD dan TVI.

2. Dome Camera

Nama ‘dome’ datang dari bentuknya yang seperti kubah. Ia selalu dipasang secara terbalik di siling atau di dinding atau digantung tidak kira sama ada permukaannya kasar atau halus. Reka bentuknya dan permukaan luar yang berwarna gelap mengaburi arah tuju kamera dari dilihat. Kamera jenis ini menawarkan pilihan yang pelbagai sama ada CCTV atau IP, tetap atau mudah alih, dan fungsi untuk di luar atau di dalam premis.

Disamping reka bentuknya, kualiti gambarnya yang dalam bentuk HD (high definition) menjadi pilihan kebanyakan pelanggan. Antara fungsi yang terdapat pada kamera ini adalah
pengesan haba (thermal vision), inframerah (infrared) untuk pengawasan di tempat yang kekurangan cahaya atau pada waktu malam, tahan cuaca, dan wide dynamic (WDR) dan tahan lasak.

Dome camera ini mempunyai bekas pelindung (casing) yang tahan dari dirosakkan atau diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, menjadikan ia sangat sesuai dipasang di kawasan trafik tinggi seperti koridor sekolah dan pangsapuri.

Dome camera yang biasa digunakan adalah jenis fixed iaitu kameranya yang mengarah ke 1 sudut ruangan dengan jangkauan fokus dan keluasan penglihatan yang pelbagai.

Kelebihan dome camera ini adalah anda tidak perlu beli lensa tambahan atau bracket dimana harganya lebih mahal. Faktornya yang lebih penjimatan antara sebab utama pelanggan memilih dome camera ini berbanding yang lain terutamanya untuk digunakan di premis perniagaan dan kediaman anda.

Fungsi dome camera adalah lebih sesuai digunakan di ruang dalam bangunan seperti kedai, ruang tamu kerana saiz ruang yang kecil sudah memadai dipantau oleh kamera jenis ini.

3. PTZ Camera

PTZ adalah singkatan dari PAN-TILT-ZOOM. Kamera ini seperti dome camera dimana kameranya diletakkan di dalam bekas berbentuk kubah yang melindungi kamera dan mengaburi arah tuju kameranya dari dilihat. Kamera jenis ini memiliki kemampuan untuk kamera begerak ke kanan dan ke kiri (Pan), bergerak ke atas dan ke bawah (Tilt) dan memperbesar imej (Zoom) benda yang kecil dan jauh hingga beberapa kali ganda.

Antara kelebihan Kamera PTZ ini adalah menyediakan imej yang beresolusi tinggi digandingkan dengan teknologi terkini dimana sesuai untuk digunakan dengan mana-mana aplikasi.

Dengan kelebihan itu, ia mampu merakam nombor plat kereta dengan jelas dari jarak 160 meter. Gambar yang dirakam juga adalah tajam, jelas, berwarna dan terperinci. Keluasan lingkungan pengawasannya adalah lebih baik kerana kebolehannya untuk berpusing sebanyak 360 darjah dan bergerak 90 darjah pada paksi vertikal.

Selain dari digunakan untuk pengawasan, kamera PTZ ini juga digunakan sebagai alat untuk merakam video persidangan, video live, merakam kuliah, dan kelas jarak jauh.

Antara kawasan yang sesuai untuk pemasangan PTZ camera ini adalah di stesen-stesen, terminal bas, dan pasaraya.

Perbezaan saiz resolusi kamera

Resolusi sebuah kamera adalah sangat penting dalam menghasilkan imej yang jelas bagi tujuan mengenalpasti objek atau wajah seseorang atau nombor. Resolusi sesebuah kamera diukur dalam unit pixels atau disingkatkan kepada Megapixels iaitu MP.

Saiz 1MP bersamaan dengan 1juta pixels.

Pixel adalah unit asas warna yang diprogram pada paparan komputer atau dalam imej komputer. Semakin besar saiz pixel, semakin jelas warna imej.

Berikut adalah senarai resolusi kamera dan ukuran keluasan (Lebar x Tinggi) pixel masing-masing.

1MP = 1280 x 720 (AKA 720)
1.3MP = 1280 x 1024
2MP = 1920 x 1080 (AKA 1080)
3MP = 2048 x 1536
4MP = 2688 x 1520
6MP = 3072 x 2048
8MP = 3840 x 2160 (A
KA 4K / UHD)

Saiz pixel ini adalah ukuran keluasan imej yang dirakam oleh kamera. Semakin besar saiz pixelnya, semakin luas imej yang dapat dirakam, semakin banyak objek dan persekitaran dapat dilihat di dalam rakaman.

Saiz pixel ini juga akan menentukan darjah kejelasan dan ketajaman imej apabila kita ingin memperbesar imej tertentu di dalam gambar atau video.

Walaubagaimanapun, kamera 8MP mengambil ruang simpanan 2 kali ganda kamera 4MP.

Mana satukah kamera yang terbaik untuk anda?

Tiada kamera yang lebih baik dari yang lain kerana setiap jenis kamera mempunyai kelebihannya masing-masing. Setiap fungsi dan keupayaan yang dimiliki menjadikannya sesuai mengikut kepada apa yang anda target, bajet dan juga ruang yang ingin diawasi.

Dengan adanya pengetahuan asas tentang jenis-jenis kamera ini, kini anda boleh berbincang dan dapatkan nasihat dari yang pakar tentang kamera CCTV yang sesuai dengan keperluan anda.

Sila hubungi JAGASE.COM bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan bagi memilih kamera CCTV terbaik untuk anda.

× Whatsapp kami untuk pasang CCTV