Perkataan CCTV sudah sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai cara pengambilan langkah keselamatan. Kini sudah wujud pelbagai jenis kamera CCTV yang memberikan anda variasi fungsi untuk anda pilih mana yang sesuai dengan keperluan anda. Dalam masa yang sama, anda juga berpeluang mendapatkannya pada harga mampu milik dengan servis terbaik!

Memasang kamera CCTV dapat memberi nilai tambah yang baik kepada diri anda dan juga premis anda. Ini kami kongsikan 5 kelebihan yang mampu kamera CCTV berikan kepada anda.

1. Mampu mencegah jenayah

Kamera CCTV memainkan peranan yang sangat penting dalam menghalang jenayah dari berlaku terutamanya apabila penjenayah sedang merancang untuk melakukannya. Penjenayah akan memantau premis yang tiada pengawasan dan menjadikannya sebagai target untuk rancangan jahat mereka.

Apabila mereka sedar akan kewujudan kamera CCTV di premis anda, kemungkinan besar ia dapat menggagalkan niat penjenayah dari menjadikan premis anda sebagai target. Kerana sebahagian kamera CCTV dilengkapi dengan fungsi penggera keselamatan yang memberi notifikasi kepada pihak berkuasa jika ada pencerobohan berlaku.

2. Kemudahan memantau kawasan premis anda dengan selamat

Sekiranya anda terdengar ada bunyi yang aneh atau anda syak ada pencerobohan berlaku di halaman rumah, anda boleh periksanya tanpa perlu keluar dari rumah. Ia bukan sahaja memberikan anda rasa selamat, tetapi juga lebih tenang.

Kebaikan penggunaan kamera CCTV juga memberi anda kelebihan “mengintai” tetamu yang datang ke rumah pada lewat malam tanpa perlu membuka pintu rumah anda. Penting penggunaan kamera CCTV ini terutamanya kepada golongan emas yang tinggal bersendirian di rumah.

3. Membantu siasatan jenayah

Masih ingatkan anda akan kejadian di mana seorang gadis yang maut dilanggar oleh pemandu yang dipercayai berasal dari Yemen? Hasil dari rakaman CCTV menunjukkan jenis kereta dan bagaimana kejadian itu berlaku. Serba sedikit membantu pihak berkuasa melakukan siasatan dan pencarian suspek.

Dalam kes yang lain pula, dimana melibatkan jenayah membunuh kucing yang bunting oleh 3 lelaki warga India. Kamera CCTV yang dipasang di premis dobi tersebut merakamkan perbuatan mereka memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri yang berlaku sekitar jam 12 tengah malam. Dengan bantuan rakaman CCTV tersebut, pihak polis berjaya menangkap 2 dari 3 pelaku jenayah tersebut. Dalam kes ini, siasatan dan dakwaan dapat dilakukan dengan lebih pantas dengan bukti yang jelas dari rakaman CCTV.

Kelebihan ini dapat membantu anda jika kejadian yang tidak diingini berlaku di premis anda seperti rompakan, vadalisme atau kerosakan. Bukan sahaja itu, jika ada jenayah yang tidak berkaitan dengan premis anda berlaku di dalam pantauan kamera CCTV anda, anda dapat membantu pihak berkuasa untuk menangkap penjahat tersebut. Dengan ini, keadilan dapat ditegakkan dan memastikan kawasan berhampiran sentiasa selamat bagi penduduk sekitar.

4. Mengurangkan kos polisi insurans

Tahap keselamatan di premis anda adalah faktor paling penting dalam penilaian insurans. Ia menentukan jumlah wang yang anda perlu laburkan untuk lindungi premis anda dengan insurans jika berlaku kerugian. Jika premis anda sentiasa berada dalam keadaan selamat, tiada tuntutan insurans dilakukan, ia dapat mengurangkan kos polisi yang perlu anda bayar.

5. Kos penyelengaraan yang rendah

Lagi kelebihan dari pemasangan kamera CCTV di premis anda memberikan keuntungan dari segi kos penyelenggaraan yang hampir kepada tiada kos. Selepas pemasangan kamera CCTV dilakukan, ia akan membantu melindungi dan memantau keadaan premis anda selama bertahun-tahun. Anda hanya memerlukan kerja pembersihan yang sangat minimal serta pemeriksaan dari pasukan terlatih pembekal kamera CCTV anda secara berkala. Sangat menguntungkan bukan?

Terdapat banyak lagi kelebihan yang anda bakal dapat jika anda merancang untuk memasang kamera CCTV di lokasi yang anda mahukan. Apa yang paling penting, pastikan anda dapatkan servis dari pembekal kamera CCTV yang dipercayai. Kini anda boleh serahkan kerja pemantauan keselamatan premis anda kepada kamera CCTV dan bebaskan hidup anda dari kerisauan!

 

× Whatsapp kami untuk pasang CCTV