CCTV, pasti kebanyakkan orang pernah mendengar atau melihat sendiri peranti ini dimana-mana terutama di kawasan yang sibuk seperti di jalanraya, dipremis bangunan ataupun di rumah. Namun adakah anda benar-benar tahu apa yang dimaksudkan dengan CCTV?

 

Closed circuit television atau lebih dikenali sebagai CCTV adalah salah satu daripada system keselamatan yang dipasang pada sesuatu tempat bagi sebagai langkah perlindungan atau berjaga-jaga yang diambil oleh individu atau syarikat bagi memastikan keselamatan di perimeter kawasan masing-masing. CCTV kebiasaannya dilengkapi dengan kamera dan digital video recording bagi memastikan sebarang aktiviti dapat dirakam dan dilihat oleh si pemilik CCTV tersebut bagi menjaga dan memantau harta benda daripada. Kebiasaannya CCTV dapat ni awasi dengan menggunakan monitor seperti computer,tablet atau telefon pintar. Kebolehan untuk mengekses CCTV menggunakan telefon pintar sangat menyenangkan pelbagai pihak kerana teknologi yang berada di hujung jari.

 

Dengan kemajuan teknologi pada masa kini CCTV boleh diperolehi dengan pelbagai bentuk, saiz dan harga. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan harga yang berpatutan untuk pemasangan CCTV. Jenis CCTV bergantung pada tempat yang dimohon oleh pelanggan, untuk harga semestinya bergantung kepada fungsi dan kelebihan CCTV tersebut, semakin banyak ciri-ciri yang boleh didapati oleh CCTV tersebut semakin tinggi harganya. Contohnya seperti kebolehan untuk mengzum pada sesuatu tempat tanpa kabur atau keluasan jarak kawasan liputan. Harga CCTV yang mempunyai teknologi canggih kebiasanya bermula pada RM1000 dan keatas.

 

KEBAIKAN MEMASANG CCTV

 

Pencegahan jenayah visual

Seperti yang diketahui pemasangan CCTV mampu mencegah kadar berlakunya jenayah disesuatu tempat. Premis bangunan atau rumah yang mempunyai CCTV akan kurang menjadi sasaran penjenayah kerana mereka lebih berhati-hati dalam melakukan jenayah agar tidak diketahui. Ini dapat menyelamatkan harta benda anda daripada dirompak atau kawasan anda dicerobohi.

 

Mengawasi keselamatan kawasan tersembunyi

Setiap rumah atau bangunan mempunyai titik buta dimana agak susah untuk anda mengawasi kawasan tersebut, mungkin kerana ianya jauh dari tempat terbuka. Seandainya anda terdengar bunyi sesuatu yang datang dari luar bangunan dan anda perlu melihatnya atau sesuatu tempat tanpa perlu menjejakkan kaki kesana, cukup sekadar melihatnya melalui CCTV dan ianya adalah lebih selamat.perlu diingatkan bahawa keselamatan anda amatlah penting! Dengan adanya CCTV keselamatan adalah lebih terjamin kerana anda tidak tahu perkara buruk yang menanti anda di luar rumah atau bangunan.

 

Mengenalpasti jenayah

Sekiranya rumah atau bangunan anda dirompak,berlakunya pecah masuk atau berlaku sebarang kerosakkan maka CCTV adalah bukti dan penyelesaian untuk masalah anda. Bukti-bukti video yang dirakam oleh CCTV mampu membuktikan siapa pesalah yang melakukan jenayah dikawasan anda. Hantarkan rakaman CCTV tersebut kepada pihak polis bagi membolehkan mereka menganalisis dan mengenal pasti si pesalah laku dalam kejadian.

 

Penyelenggaraan yang minima

Kelebihan memasang CCTV ialah penyelengaraan yang menima tidak seperti alat kesalamatan yang lain. Kebanyakkan alat keselmatan memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan alat tersebut dapat berfungsi dalam keadaan yang baik, kos untuk jagaan CCTV adalah sangat rendah. Rutin untuk penjagaan CCTV adalah mengelap lensa CCTV setiap bulan atau ketika perlu sahaja. Sebaik sahaja pemasangan CCTV siap,ianya boleh terus digunakan. Pemeriksaan daripada professional boleh dilakukan jika terdapat masalah pada CCTV tersebut atau pemeriksaan berkala setahun sekali.

 

Penurunan harga insuran rumah

Pemilik rumah sudah pasti membayar insuran rumah bagi langkah berjaga-jaga pada masa akan datang, pelbagai perkara yang tidak disangka mungkin akan berlaku pada bila-bila masa. Tahukah anda, semakin ketat kawalan keselamatan di kawasan rumah anda semakin berkurang harga insuran yang anda perlu bayar, ini kerana pihak insuran mengandaikan anda sudah mengambil langkah yang berjaga-jaga untuk keselamatan kawasan rumah anda. Dengan ini pemilik rumah yang mempunyai CCTV dapat menikmati insuran dengan kadar penurunan harga yang berbaloi.

× Whatsapp kami untuk pasang CCTV