Nak rumah anda lebih selamat? Apa kata anda pasang CCTV di rumah anda sekarang. Jangan ambil mudah dengan perkara ini sebab pada masa kini kita perlukan bukti dan kita boleh melihat pergerakan si penjahat hanya di smartfon anda sahaja! Pada bila-bila masa sahaja.

 

Hangat sekarang dengan pelbagai masalah jenayah yang berlaku di dalam rumah, tidak semestinya kes kecurian malah kes-kes lain yang kita tidak disangka akan berlaku di dalam rumah.

 

Sekiranya anda ingin memasang CCTV di rumah anda, ikuti beberapa tip memilih CCTV seperti di bawah.

 

Anda juga perlu tahu cara nak pasang CCTV sebab ada kaedah pemasangannya.

 

Jom ikuti dengan lebih lanjut.

 

1. Memilih CCTV

Pemilihan CCTV untuk dipasang di rumah anda adalah penting. Ada banyak jenis CCTV di luar sana dari yang paling murah hingga yang paling mahal. Apa yang penting adalah anda harus mencari CCTV yang boleh dilaraskan, misalnya lens angle cctv boleh laras untuk wide atau narrow.

 

Selain itu, pilih CCTV yang mempunyai ciri ‘zoom in’ dan ‘zoom out’.

 

Kualiti video juga penting supaya anda boleh melihat rakaman video dengan jelas dan berkualiti.

cctv

Banyak pilihan CCTV untuk dipasang di rumah anda

 

2. Ciri-ciri CCTV

Ada juga perlu mengetahui ciri-ciri penting sebelum anda mula pasang CCTV di rumah.

 

Jika anda ingin memasang CCTV anda di luar kawasan rumah, pilih CCTV untuk outdoor yang ada ciri-ciri kalis cuaca seperti ‘weatherproof’ IP66 atau IP67 dan dilengkapi dengan pelindung pancaran sinar matahari dan hujan.

 

Untuk CCTV dalam rumah atau ‘indoor’ pula, pilih CCTV yang dilengkapi infrared untuk merakam video dengan lebih jelas pada tempat gelap.

 

Perlu diketahui bahawa CCTV indoor lebih murah berbanding CCTV outdoor.

cctv

Ciri-ciri CCTV indoor dan CCTV outdoor

 

3. Cara letak CCTV

Cara nak pasang CCTV di rumah juga perlu diambil kira. Ini kerana anda perlu memasang CCTV pada tempat yang betul dan tepat.

 

Pertama, anda mesti mengetahui tempat-tempat privasi yang tidak perlu diketahui oleh orang lain. Contohnya tandas, stor dan sebagainya.

 

Pasang CCTV pada tempat yang ada kebarangkalian tinggi dimasuki penceroboh seperti ruang tamu, dapur, balkoni rumah, tempat letak kerata dan ruang taman rumah.

 

Seterusnya anda perlu pasang CCTV di rumah anda dengan meletakkannya pada tempat-tempat yang tinggi dan tersembunyi seperti tembok tiang, bawah aliran air hujan dan sebagainya agar sukar diketahui oleh penceroboh.

Pasang CCTV di rumah pada tempat yang tinggi dan tersorok

 

4. Lihat dan Pantau CCTV dari Smartfon

Sekiranya anda sudah pasang CCTV, anda boleh lihat dan pantau CCTV dari smartfon anda.

 

Kini semakin banyak pemasangan CCTV yang boleh bersambung disambung ke telefon mudah alih untuk paparan anda.

 

Anda sendiri boleh mengetahui apa yang sedang berlaku di rumah anda di mana-mana sahaja.

smartphone

Anda boleh pantau dan perhatikan keadaan rumah anda dari telefon mudah alih sahaja

 

Diharapkan tip cara pasang CCTV ini dapat membantu anda tentang kepentingan CCTV untuk keselamatan rumah anda. Sekiranya anda perlukan servis pemasangan CCTV di tempat anda, anda boleh menghubungi syarikat CCTV Malaysia ini untuk maklumat lanjut.

 

 

× Whatsapp kami sekarang