Kesedaran tentang keselamatan tempat kediaman dan premis perniagaan membuatkan ramai orang menggunakan CCTV. Banyak jenama CCTV Malaysia mula dikenali dengan ciri-ciri unik, berkualiti tinggi serta operasi yang baik.

 

Mari kita lihat beberapa jenama CCTV Malaysia yang popular.

 

1. D-Link CCTV

D-Link adalah jenama terkemuka dunia yang sudah berada di Malaysia. Mereka mengeluarkan produk CCTV dengan ciri-ciri tertentu untuk pasaran tempatan.

 

Penggunaan CCTV Malaysia semakin meningkat, jadi D-Link mengeluarkan produk-produk lain seperti IP D-Link Camera, Wireless D-Link Camera dan banyak lagi.

 

Keistimewaan D-Link adalah servis yang baik, produk berkualiti dan ada waranti produk.

cctv

CCTV keluaran jenama D-Link

 

2. Avtech CCTV

Avtech adalah jenama CCTV yang popular dan mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri barangan elektronik. Bermula pada tahun 1996 di Taiwan, Avtech berkembang pesat di seluruh asia dan telah membuka cawangannya di Malaysia.

 

Kelebihan Avtech adalah produknya berkualiti dan canggih.

 

Produk CCTV dari Avtech sesuai untuk kedai runcit, rumah dan komersil. Terdapat ciri-ciri tambahan seperti kamera yang membantu meningkatkan kualiti imej serta dilengkapi sensor CMOS 2.8 inci dan output video berkualiti 1080p.

Produk CCTV Malaysia dari Avtech.

 

3. Samsung CCTV

Samsung bukan sahaja gah dalam reka cipta telefon bimbit malah hebat dalam penghasilan CCTV. Dalam banyak-banyak jenama CCTV Malaysia yang terkenal, Samsung masih kurang dikenali tetapi mula mendapat perhatian peminat CCTV.

 

Ini kerana Samsung mengeluarkan produk CCTV untuk sistem keselamatan video berasaskan analog, hibrid dan IP yang ekonomik dan berkualiti.

Model kamera CCTV Samsung dengan kualiti imej yang unggul

 

4. Hikvision

Mungkin anda baru mendengar jenama Hikvision hari ini tetapi mereka telah berada di dalam pasaran CCTV Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Hikvision adalah pengeluar CCTV terbesar yang memberikan kualiti produk dan servis yang terbaik. Ia adalah pilihan utama CCTV untuk keselamatan profesional.

Hikvision adalah pilihan CCTV untuk premis komersial dan syarikat-syarikat besar

 

5. Dahua

Satu lagi jenama CCTV Malaysia adalah Dahua. Pernah merangkul anugerah tempat ke-2 dalam pasaran peralatan pengawasan video global dan berada pada kedudukan ke-2 dalam “Keselamatan 50” dunia.

 

Produk CCTV Dahua banyak digunakan dalam sektor perbankan & kewangan, agensi kerajaan, industri runcit, sukan & rekreasi dan syarikat pengangkutan dan tenaga.

Dahua dengan aplikasi “SMART VIEW” yang boleh dilhat melalui smartfon

 

Pasaran CCTV Malaysia semakin berkembang dan terdapat banyak produk CCTV dengan ciri-ciri tersendiri.

 

Terpulang kepada apa jenama CCTV yang anda suka. Pastikan anda memilih jenama yang berkualiti, ada waranti terjamin serta ada ketahanan yang telah teruji.

 

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan pemasangan CCTV Malaysia dengan harga yang berpatutan, anda boleh hubungi servis pemasangan CCTV kami.

× Whatsapp kami sekarang