CCTV sering disebut di mana-mana dan semakin dikenali ramai. Umumnya, kamera adalah teknologi terkini kamera yang dapat menghasilkan gambar atau rakaman dengan tujuan pengawasan di tempat-tempat umum seperti di pasaraya, sekolah, pejabat, gudang dan banyak lagi. Bagi kebanyakan orang, pemasangan kamera kini menjadi keperluan yang sangat penting. Sebelum anda pergi ke kedai CCTV, baik anda ketahui terlebih dahulu beberapa jenis CCTV malaysia yang ada di pasaran.

Jenis – Jenis Kamera CCTV

1.Ptz Camera

PTZ adalah singkatan kepada PAN TILT ZOOM. PAN adalah kemampuan kamera untuk bergerak ke kiri dan ke kanan. TILT pula adalah kemampuan kamera itu untuk bergerak atas dan bawah. ZOOM pula adalah kebolehan kamera memperbesar saiz imej hingga beberapa kali. jenis ini biasanya digunakan untuk memantau kawasan yang luas seperti gudang, kilang dan ruang laluan. Ini memudahkan pengguna untuk memantau dengan hanya menggunakan satu CCTV kamera sahaja. PTZ dapat berputar secara automatik atau manual melalui alat kawalan jauh.

2. Dome Camera

CCTV kamera ini mempunyai bentuk fizikal seperti kubah. Ia direka sebegitu agar ia tidak terlihat dan tersembunyi daripada pandangan orang. Dome Camera biasanya dipasang secara tetap dengan kamera tertumpu kepada satu arah sahaja. Salah satu jenis Dome Camera iaitu ‘Speed Dome’ dapat berputar dengan cepat dan harganya lebih mahal berbanding Dome Camera yang dipasang secara tetap.

3. Bullet Camera

CCTV Bullet Camera lazimnya dipasang di ruangan dalam bangunan dan di luar kerana kamera ni kalis air. Ia dipasang pada dinding dan boleh mengambil gambar dari sudut yang tetap.

4. Day/Night Camera

Kamera jenis ini dapat disesuaikan dengan cahaya matahari secara langsung untuk waktu siang. Kamera ini dipasang untuk pengawasan siang dan malam.

5. Network Camera

Network Camera adalah kamera yang boleh dipasang dengan kabel atau tanpa wayar. Ia mempunyai resolusi gambar yang lebih baik berbanding dengan CCTV kamera analog. Pemasangan kamera ini perlu mematuhi beberapa syarat yang harus dipatuhi; kawasan yang ingin dipasang itu hendaklah terlindung daripada jaringan internet tanpa wayar dan jarak kabel ke suis hub/router hanya 80-100 meter.

Demikian serba sedikit tentang beberapa jenama kamera yang ada di pasaran. Terpulang kepada tujuan pemasangan dan lokasi pemasangan CCTV anda. Sekiranya anda sedang mencari servis pemasangan CCTV kamera untuk premis anda, hubungi kami segera untuk pemasangan kamera berteknologi tinggi.

× Whatsapp kami sekarang